Selangor catat 191 kes penderaan rumah tangga

Gambar hiasan. Gambar kecil: Siti Mariah
Gambar hiasan. Gambar kecil: Siti Mariah
A
A
A

SHAH ALAM – Sebanyak 191 kes keganasan rumah tangga dikesan di seluruh Selangor bermula dari Januari sehingga Mei lalu.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, berdasarkan jumlah kes yang direkodkan bagi tempoh berkenaan, Petaling mencatatkan jumlah tertinggi dengan 69 kes keganasan rumah tanggan diikuti dengan Hulu Langat (38 kes) dan Gombak (28 kes).

Beliau berkata, bagi menangani kes keganasan dan penderaan rumah tangga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa khas seperti diperuntukkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“JAIS hanya mempunyai bidang kuasa dalam perkahwinan dan hak-hak kepada pasangan suami, isteri dan anak-anak sahaja,” katanya sewaktu Persidang Dewan Negeri (DUN) Selangor, pada Khamis.

Siti Mariah berkata demikian sewaktu mewakili Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bagi menjawab pertanyaan dibangkitkan Haniza Mohamed Talha (PKR-Lembah Jaya) berhubung kes penderaan dan mental di negeri ini.

Dalam pada itu, Siti Mariah berkata, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam melalui JAIS sedang dalam proses bagi menggerakan fungsi Pusat Islamik JAIS Prihatin di setiap daerah negeri ini.

“Pusat tersebut berperanan sebagai penyelaras atau koordinator khidmat nasihat bimbingan secara percuma kepada masyarakat.

“Peranan pusat ini termasuk dalam hal menerima panggilan berkaitan penderaan mental dan fizikal serta merujuk kes kepada pihak yang berkaitan seperti JKM dan PDRM sekiranya perlu,” katanya.

Artikel Berkaitan: