X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Maqis Selangor tahan satu tan makanan tambahan haiwan

Makanan tambahan haiwan yang ditemui cuba dibawa masuk menggunakan sebuah kontena.
A
A

KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan sekitar satu tan muatan makanan tambahan haiwan tanpa permit import dari China di Pelabuhan Klang Utara di sini pada Rabu.

Maqis Selangor dalam kenyataan berkata, muatan tersebut dikesan sekitar jam 11 pagi semasa pemeriksaan rutin pihaknya ke atas sebuah kontena di pelabuhan tersebut.

“Maqis menemui seberat 1,000 (kg) makanan tambahan haiwan bernilai RM28,521 yang cuba dibawa masuk dari China.

“Makanan tambahan tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen seperti permit import kepada pegawai pemeriksa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut Maqis, tindakan itu perlu diambil bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.

“Buat masa sekarang kami menahan muatan tersebut sementara kes dalam siasatan.

“Perbuatan mengimport apa juga jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada Maqis adalah kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda melebih RM 100,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!