Terima dengan hati yang terbuka: Bella Astillah

BELLA ASTILLAH
BELLA ASTILLAH
A
A
A

ISTERI kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah memberitahu, dia menerima apa sahaja yang berlaku dalam hidupnya dengan hati yang terbuka.

Ujarnya, sudah lumrah dalam hidup untuk setiap manusia di uji dan setiap petunjuk yang diminta harus diterima dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

"Dari semasa ke semasa saya terima banyak dm (direct message) beri kata nasihat, sokongan, dorongan sehinggalah kecaman.

"Di sini saya ingin terangkan, saya bukan secerdik dan sepintar rata-rata manusia lain. Saya adalah diri saya.

"saya juga manusia biasa yang pasti buat kesilapan. Seandainya ada segelintir dan mana-mana pihak yang mengatakan tentang pendapat mereka, soal perkongsian saya berkenaan rumahtangga kelmarin adalah salah, mungkin pandangan setiap manusia berbeza termasuklah saya.

"Semoga ramai menjadikan ini sebagai iktibar kerana ada wanita yang takut untuk bersuara. Segala yang baik kita perbaiki jadikan teladan malah yang tidak baik sebagai sempadan," tulisnya.

Malah Bella juga telah memaafkan pihak yang terlibat dan apa yang diinginkan hanyalah kejujuran.

BELLA ASTILLAH
BELLA ASTILLAH

Artikel Berkaitan:

"Saya lega bila mendapat tahu kebenaran dan berani bersemuka untuk mengaku kesalahan dan meminta maaf.

"Memang akan terasa pedih dan terluka. Kita semua manusia penuh dengan kesilapan, sebagai manusia hanya maaf yang perlu diungkap, tak susah.

"Daripada menegakkan benang yang basah apabila kesalahan secara terang-terangan tetapi tidak mengaku, yang membuatkan saya kecewa dan marah sebab saya sahaja yang tahu kebenaran," jelasnya.

Tidak mahu terus mengeruhkan lagi keadaan, ibu kepada Muhammad Aydan Adrean ini juga memilih untuk tidak berkongsi video yang dikatakan sebagai bukti sebelum ini.

"Ramai yang meminta saya untuk post video, ada juga segelintir mengatakan saya fitnah.

"Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk post tanpa bukti tapi setelah saya fikir adalah lebih baik saya tunjuk kepada keluarga dan yang terlibat sahaja.

"Maaf yang tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini, tetapi setiap manusia ada pelbagai cara untuk meluahkan, mengendalikan, kerana apa jua masalah, kita tak boleh ingin orang jadi seperti diri kita mahupun jadi diri org lain," katanya yang meminta ruang untuk mendapatkan ketenangan buat diri sendiri.