‘Isu hilang NC, TNC bukan hanya berlaku di UMK’

Maszlee Malik - Foto Bernama
Maszlee Malik - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Isu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang akan kehilangan Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) (Penyelidikan dan Inovasi) serentak pada hujung bulan ini bukan hanya berlaku di universiti itu sahaja tetapi di kebanyakan universiti awam.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mendakwa, ia merupakan agenda politik halus sesetengah pihak menjelang kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Pengajian tinggi yang sepatutnya bebas daripada pengaruh dan agenda politik sewajarnya dipandu oleh para cendekiawan dan profesional yang bebas politik,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan UMK akan kehilangan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serentak pada 28 Ogos ini.

Maszlee yang merupakan bekas Menteri Pendidikan dalam masa yang sama turut mengesyorkan penubuhan sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Pengajian Tinggi Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta 546 (1996).

“Penubuhan majlis itu amat diperlukan demi mengangkat wibawa pengajian tinggi di Malaysia agar sektor berkenaan bebas daripada politik dan agenda politik,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: