X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Laluan berliku skuad badminton negara di Piala Sudirman

Saingan peringkat kumpulan Piala Sudirman 2021.
A
A

LALUAN skuad badminton negara dilihat agak berliku apabila diundi bersama Jepun, England dan Mesir dalam Kumpulan D, Piala Sudirman 2021.

Saingan Piala Sudirman yang bakal berlangsung di Vantaa, Finland mulai 26 September hingga 3 Oktober depan turut menyaksikan juara bertahan, China diundi bersama Thailand, Finland dan India dalam Kumpulan A.

Selain itu, Taiwan, Korea Selatan, Tahiti dan Jerman diundi dalam Kumpulan B manakala Kumpulan C pula dibarisi Indonesia, Denmark, Russia dan Kanada.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman facebook, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu, setiap dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak beraksi ke suku akhir kelak.

Edisi 2019 lalu menyaksikan perjuangan skuad badminton negara terhenti pada saingan suku akhir setelah tewas 0-3 kepada Jepun.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad badminton negara pada saingan Piala Sudirman adalah layak hingga ke saingan separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China yang menyaksikan skuad negara tumpas 0-3 kepada tuan rumah.

Bagaimanapun, berada di separuh akhir pada penyertaan di Guangzhou, China 2009 yang menyaksikan ketika itu Malaysia tewas 0-3 kepada tuan rumah.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!