Palau bukan lagi pulau bebas Covid-19

Palau menggesa rakyatnya segera divaksinasi beberapa hari selepas negara pulau kecil itu melaporkan dua jangkitan pertama dan hilang status sebagai satu daripada negara di dunia yang bebas Covid-19. Foto Sumber Internet.
Palau menggesa rakyatnya segera divaksinasi beberapa hari selepas negara pulau kecil itu melaporkan dua jangkitan pertama dan hilang status sebagai satu daripada negara di dunia yang bebas Covid-19. Foto Sumber Internet.
A
A
A

ANKARA - Presiden Palau pada Rabu menggesa rakyatnya segera divaksinasi beberapa hari selepas negara pulau kecil itu melaporkan dua jangkitan pertama dan hilang status sebagai satu daripada negara di dunia yang bebas Covid-19.

Dalam sidang akhbar, Presiden, Surangel Whipps Jr berkata, kes tersebut menyebabkan "tiada lagi alasan (untuk orang) tidak divaksinasi", lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata, lebih 80 peratus penduduk telah divaksinasi dan menambah kerajaan juga telah meluluskan suntikan Pfizer untuk mempercepat kempen imunisasi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, hampir 27,000 dos vaksin telah diberikan di Palau pada 8 Ogos.

Palau, sebuah negara kepulauan dengan 18,000 penduduk, kini mencatat dua kes dan 26 lagi sedang dikuarantin, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan.

Dua pesakit Covid-19 pertama negara Pasifik itu adalah pelancong yang tiba pada 15 Ogos dari Guam dengan penerbangan United Airlines dari Amerika Syarikat.

Pasangan itu telah divaksinasi dan keputusan ujian saringan ketika ketibaan adalah negatif, tetapi disahkan positif pada hari kelima mereka di Palau.

Pihak berkuasa bertindak pantas mengesan kontak rapat dan mereka kini menjalani kuarantin. - Bernama

Artikel Berkaitan: