X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

‘Walau di puncak kuasa, tetap hormati nakhoda’

Gambar yang dikongsi Asyraf Wajdi.
A
A

SHAH ALAM- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi gambar kemesraan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebooknya pada malam Selasa, Asyraf Wajdi mengakui seronok melihat hubungan kasih sayang dan kemesraan dua sahabat baik, yang juga pemimpin kanan partinya itu.

Beliau turut menyifatkan hubungan antara keduanya ‘bak air dicincang tidak sesekali terputus’ walaupun Ismail Sabri menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Walau kini di puncak kuasa, tetap menghormati nakhodanya. Syabas Datuk Seri Ismail Sabri. Moga ALLAH berikan kesembuhan sempurna buat Datuk Seri (Ahmad Zahid),” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dan sedang menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang.

Pada Selasa, Ahmad Zahid sepatutnya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadiri hujahan akhir pendakwaan kesnya membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun, Peguam Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah, anak guamnya itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!