X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Coutinho enggan kembali ke EPL kerana Liverpool

Cautinho
A
A

PEMAIN Barcelona, Philippe Coutinho sukar untuk kembali bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun menerima banyak tawaran daripada beberapa pasukan di liga berkenaan.

Perkara itu didedahkan ejen pemain itu, Kia Joorabchian yang menyatakan Coutinho masih menghormati kelab lamanya, Liverpool dan menjadi sebab dia tidak mahu menyertai kelab rival The reds di EPL.

"Saya rasa Liverpool memiliki makna luar biasa di dalam hatinya. Dia adalah peminat setia buat Liverpool sepanjang masa.

"Coutinho juga berharap Liverpool memenangi saingan liga musim lalu dan dia sangat kecewa apabila pasukan itu gagal. Sebab itu, saya rasa sangat sukar untuknya berpindah ke pasukan lawan yang lain selain Liverpool," katanya.

Coutinho sebelum ini memang menjadi bintang utama Liverpool pada tahun 2013-2018 dan dia mencatatkan 54 gol dan 45 bantuan gol daripada 201 penampilan bersama The Reds.

Perpindahan ke Barcelona bukanlah satu perpindahan yang diingini oleh Coutinho apabila pemain berusia 29 tahun itu hanya merekodkan 23 gol dan 14 bantuan gol daripada 90 penampilan buat kelab Catalan itu.

Kemudian dia dipinjamkan ke Bayern Munich pada musim 2019/2020 sebelum kembali ke Barcelona dan dipalit kecederaan berpanjangan.

Barcelona sebelum ini dilaporkan mahu menukar Coutinho dengan bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang, namun perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!