Mourinho gembira komitmen Abraham

Aksi Abraham (kanan) semasa melakukan penampilan pertama bersama AS Roma ketika menentang Fiorentina dalam saingan Serie A di Stadio Olimpico. - Foto AFP
Aksi Abraham (kanan) semasa melakukan penampilan pertama bersama AS Roma ketika menentang Fiorentina dalam saingan Serie A di Stadio Olimpico. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI AS Roma, Jose Mourinho mengakui gembira komitmen dipamerkan pemain baharu, Tammy Abraham dalam penampilan pertama Serie A ketika membantu I Giallorossi menewaskan Fiorentina 3-1 di Stadio Olimpico.

Pada perlawanan itu, bekas pemain Chelsea berusia 23 dari Camberwell, England tersebut ternyata segera dapat menyesuaikan diri apabila tampil dengan dua bantuan gol manakala Eldor Shomurodov yang dimasukkan segera mencipta peluang untuk Jordan Veretout menjaringkan gol.

"Sebenarnya bukan mudah untuk menyenaraikan pemain di bangku simpanan, namun Shomurodovboleh beraksi di posisi kiri selain juga bersama Tammy di bahagian hadapan.

"Bagaimanapun pada masa ini kedua-duanya masih belum dapat digandingkan bersama semasa sesi latihan seperti pemain-pemain AS Roma lain, jadi saya memutuskan menggunakan khidmat Pellegrini di belakang.

“Shomu amat berbahaya di bahagian serangan, sebaliknya Tammy lebih kepada bantuan kepada tindakan penyudah. Biarpun begitu saya gembira dengan komitmen mereka berdua dalam perlawanan penting ini," katanya.

Abraham menyertai AS Roma apabila melengkapkan perpindahan bernilai 40 juta euro (RM199.44 juta) dari Chelsea dengan kontrak lima tahun dan memakai jersi nombor sembilan ditinggalkan Edin Dzeko yang menyertai Inter Milan.

Pada masa sama Mourinho mengakui Fiorentina merupakan lawan yang sukar dijinakkan dalam perlawanan ini, namun dengan semangat juang selain disiplin ketika bertahan dipamerkan dalam kalangan pemain tuan rumah kemenangan ternyata berpihak AS Roma.

Artikel Berkaitan: