Selepas 7 tahun menanti, Danny X-Factor timang anak pertama

Paparan Instagram Danny X-Factor.
Paparan Instagram Danny X-Factor.
A
A
A

PENANTIAN tujuh tahun penyanyi dan pelakon, Danny X-Factor untuk menimang cahaya mata berakhir selepas isterinya, Zaidatul Norfazlin selamat melahirkan anak sulung di sebuah hospital di Putrajaya, semalam.

Kehadiran putera sulung yang dilahirkan pada 11.15 pagi itu menerima ucapan tahniah dari netizen yang begitu gembira atas kelahiran paling bermakna.

Memetik Instagram Daniawa, "Alhamdulilah Syukur diatas kurniaanmu Ya ALLAH SWT... terima kasih kepada yang mendoakan isteri dan anak lelaki pertama kami.

"Tepat jam 11.15 pagi, 28022019 Khamis .. lahirnya putera kami . yeayy Now my new tittle Papa Dada ayah daddy pokmu .. Terima kasih ...," katanya.

Peminat rata-rata menzahirkan ribuan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan anak serta keluarga itu perolehi keluarga sakinah serta membesarkan bayi ke jalan yang diredhai ALLAH.

Artikel Berkaitan: