PDRM berjaya hubungi Nadir, Caprice

Polis berjaya hubungi Caprice (kiri) dan Nadir Al-Nuri pada Jumaat.
Polis berjaya hubungi Caprice (kiri) dan Nadir Al-Nuri pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu berkenaan telah dihubungi untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

"Kita telah berjaya menghubungi Muhammad Nadir dan dimaklumkan beliau akan beri kerjasama sepenuhnya, manakala Caprice dihubungi dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol).

"Kedua-dua individu ini akan diambil keterangan secara talian untuk membantu siasatan berkaitan kes berkenaan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: