Ismail Sabri sampaikan ucapan petang ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menyampaikan ucapan sulungnya pada jam 5.30 petang ini selepas diangkat secara rasmi sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu.

Ucapan tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Sabtu.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara pada jam 2.30 petang.

Pelantikan Naib Presiden UMNO itu dibuat bagi menggantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerajui negara sejak 1 Mac tahun lalu berbuat demikian susulan dirinya telah hilang sokongan majoriti apabila 15 ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau.

Artikel Berkaitan: