Taufan Grace: Lapan maut, tiga hilang di Mexico

Sekurang-kurangnya lapan orang maut, manakala tiga hilang selepas Taufan Grace melanda timur Mexico. Foto Xinhua
Sekurang-kurangnya lapan orang maut, manakala tiga hilang selepas Taufan Grace melanda timur Mexico. Foto Xinhua
A
A
A

MEXICO - Sekurang-kurangnya lapan orang maut, manakala tiga hilang selepas Taufan Grace melanda timur Mexico, pada Sabtu.

Taufan dengan kelajuan angin 205 kilometer sejam juga menyebabkan hujan lebat dan banjir di Veracruz.

Banyak infrastruktur awam runtuh dan dinaiki air dan bekalan elektrik terputus.

Pihak berkuasa tempatan kini bertungkus lumus dalam usaha menyelamat.

Musim siklon tropika di Mexico bermula pada 15 Mei dan dijangka berakhir pada bulan November.

Malam tadi, Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa. - Xinhua

Artikel Berkaitan: