Pemandu lori buang sampah haram ditahan

Pemandu lori yang dikesan melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu jenis komersial di kawasan yang tidak dibenarkan.
Pemandu lori yang dikesan melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu jenis komersial di kawasan yang tidak dibenarkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori ditahan selepas dikesan membuang sampah haram sewaktu operasi pembasmian pembuangan sisa pepejal terkawal yang dijalankan di sekitar ibu negara pada Rabu lalu.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan, Mohd Zahir Shari berkata, tangkapan dan sitaan sebuah lori jenis Inokom itu dilakukan sekitar jam 9.09 malam selepas pelaku dilihat melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu jenis komersial di kawasan yang tidak dibenarkan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di bawah kesalahan tersebut.

Longgokan sampah yang dibuang pemandu lori.
Longgokan sampah yang dibuang pemandu lori.

"Sekiranya disabit kesalahan, pelaku akan didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000.

"Pelaku juga boleh dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Justeru, beliau mengingatkan pihak yang ingin melupuskan sisa pepejal supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dengan melupuskan sisa pepejal terkawal di tapak pelupusan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: