PKP: Semua 26 TER, HTN di Pahang masih tutup

26 TER dan HTN ditutup bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.
26 TER dan HTN ditutup bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 26 Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negara (HTN) masih ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 seluruh negara.

Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Regina Mariah Jong berkata, keputusan penutupan itu dibuat di semua pusat perkelahan terbabit untuk keselamatan dan kesihatan orang ramai.

Menurutnya, dalam tempoh berkenaan, Pejabat Hutan Daerah (PHD) tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk memasuki hutan simpan kekal bagi tujuan aktiviti riadah.

"Kami memohon maaf, penutupan ini turut melibatkan aktiviti riadah seperti kawasan pendakian dan perkelahan yang terdapat dalam hutan simpan kekal.

"Keputusan berkenaan dibuat demi kebaikan bersama iaitu membendung wabak Covid-19 dan kami tidak mahu keseronokan bersama keluarga dan rakan di pusat perkelahan di bawah seliaan JPNP berakhir dengan kejadian tidak diingini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, pembukaan semula semua pusat pelancongan di bawah seliaan JPNP akan dimaklumkan semula.

Regina meminta orang ramai tidak memasuki hutan simpan kekal tanpa permit untuk melakukan aktiviti riadah dan tindakan menceroboh boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Artikel Berkaitan: