Pasar Ayam Bahau ditutup sementara

Pasar Ayam Bahau ditutup sementara.
Pasar Ayam Bahau ditutup sementara.
A
A
A

JEMPOL- Pasar Ayam Bahau ditutup selama tiga hari bermula Sabtu selepas terdapat tiga peniaga di situ disahkan positif Covid-19.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol (MPJL), Raja Norazli Raja Nordin berkata, penutupan pasar itu dilakukan bagi melaksanakan kerja-kerja sanitasi awam di kawasan tersebut.

"Setakat ini terdapat 21 orang peniaga berlesen menjalankan perniagaan menjual ayam di situ, tiga daripadanya didapati positif dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

"Justeru, kesemua peniaga terlibat diminta kuarantin kendiri serta kekal berada di rumah sementara menunggu ujian saringan dan pengesanan kontak rapat, " katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, tempoh penutupan pasar itu turut bergantung kepada keputusan ujian saringan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan daerah Jempol.

"Orang ramai diminta untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan penularan wabak," katanya.

Artikel Berkaitan: