Tersingkir tapi kami bangga: Abioso

Abioso
Abioso
A
A
A

MESKIPUN terpaksa mengakhiri perjalanan selama lima minggu dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM2018), namun peserta Abioso akur dengan keputusan itu.

Peserta berasal dari Indonesia itu tersingkir pada malam tema kenangan dengan peratusan terendah sekali gus menyaksikan peserta kumpulan Zero, Chilok, Shiro, Puteh, Taman, Masin, Joras, Bocey dan Dany Beler (solo) mara ke minggu seterusnya.

Pelawak trio menyifatkan persaingat sengit selama lima minggu di pentas MLM 2018 satu pencapaian yang membanggakan.

"Alhamdulillah kami telah berikan yang terbaik selama sebulan lebih di pentas ini dan plan selepas ini kami akan teruskan berkarya menerusi media sosial pula.

"Selain di media sosial kami akan menghabiskan masa cuti kerja yang berbaki lagi tujuh minggu dengan berehat sahaja.

"Dalam masa sama, walaupun perjalanan terhenti di sini, namun hubungan bersama fans yang ada di Malaysia takkan terhenti dan teruskan menyokong kami," ujar Abioso.

MLM 2018 turut diadili Scha Alyahya, Tya Ariffin, Remy Ishak dan Douglas Lim yang menyumbangkan 70% markah, manakala 30 % lagi markah adalah hasil undian penonton menerusi aplikasi Tik Tok.

MLM 2018 bersiaran di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) setiap Jumaat, jam 9 malam.

Artikel Berkaitan: