Azmin, ahli Parlimen Pas tiba di Istana Negara

Azmin
Azmin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah bas membawa Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dua individu tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 2.38 petang.

Ia diikuti sebuah lagi bas lain yang membawa ahli Parlimen Pas.

Antara yang kelihatan di dalam bas berkenaan, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim serta beberapa individu lain.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan ahli Parlimen daripada GPS, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi pada Khamis.

Difahamkan kehadiran ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.

Artikel Berkaitan: