Ahli Parlimen GPS menghadap Agong secara maya

Gabungan Parti Sarawak (GPS)
Gabungan Parti Sarawak (GPS)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dipercayai melakukan sesi menghadap Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secaya maya pada pagi Khamis.

Difahamkan sesi pertemuan itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

GPS mempunyai 18 ahli Parlimen dan menjadi rakan kerjasama utama dalam kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan ahli-ahli Parlimen daripada GPS, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi pada Khamis.

Difahamkan kehadiran ahli-ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap ahli-ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.

Artikel Berkaitan: