Rumah Prihatin masih beroperasi seperti biasa

Rumah Prihatin @ Grand Seasons sebagai pusat membantu masyarakat ketika Covid-19 beroperasi seperti biasa.
Rumah Prihatin @ Grand Seasons sebagai pusat membantu masyarakat ketika Covid-19 beroperasi seperti biasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rumah Prihatin @ Grand Seasons di bawah inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) masih beroperasi seperti biasa walaupun Tan Sri Annuar Musa bukan lagi Menteri Wilayah Persekutuan.

Sumber dari Rumah Prihatin @ Grand Seasons berkata, hanya perkhidmatan pemberian vaksin Covid-19 dihentikan susulan isu tular pusat vaksin itu diserbu warga asing yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada 11 Ogos lalu.

Bagaimanapun menurutnya, pihak Rumah Prihatin mengambil inisiatif menghantar penerima dos vaksin kedua ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

"Ia disebabkan ada antara mereka yang tiada mempunyai kenderaan untuk ke sana.

"Pusat vaksin di Grand Seasons mula ditutup sejak Isnin lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sebelum ini tular dakwaan operasi Rumah Prihatin yang dilancarkan oleh Annuar pada Julai lalu ditamatkan operasi selepas Ahli Parlimen Ketereh itu tidak lagi menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

Sumber Rumah Prihatin menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan ia masih beroperasi seperti biasa, malah Annuar juga menjadi sukarelawan di bawah inisiatif itu bagi membantu masyarakat.

Rumah Prihatin diwujudkan KWP dan operasinya diselaraskan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Hotel Grand Seasons, Hotel Pulse Grande iaitu anak syarikat Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), agensi dan syarikat korporat serta badan bukan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Ia merupakan satu-satunya hotel kebajikan pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Vaksinasi Prihatin, Bilik Penginapan Prihatin, Jejak Prihatin, Khidmat

Kesihatan Mental Prihatin, 'Food Bank' dan Dapur Prihatin.