X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Banjir kilat: 54 penduduk dipindahkan ke PPS

Anggota Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda melakukan pemantauan di sekitar Tupah, Gunung Jerai pada Rabu.
A
A

ALOR SETAR - Seramai 54 penduduk dari mukim Gurun dan Merbok di daerah Kuala Muda dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat pada petang Rabu.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Kampung Baru Gurun, Kampung Sungai Badak, Kampung Sungai Kunyit Atas, Kampung Jelatang, Taman Sri Utama,Taman Jerai Harmoni dan belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gurun di mukim Gurun.

Turut dilanda banjir kilat ialah Kampung Tandop Batu dan Kampung Sungai Batu di mukim Merbok.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda yang juga Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, setakat jam 9 malam Rabu, dua PPS dibuka bagi menempatkan mangsa.

Beliau berkata, penduduk terlibat dipindahkan selepas hujan lebat lebih satu jam di kawasan Sungai Merbok dan sekitar Tadahan Air Tupah, Gunung Jerai mengakibatkan limpahan air banjir.

"Setakat ini, seramai 20 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Surau Taman Gurun Jaya dan 34 mangsa lagi dari tujuh keluarga ditempatkan di sebuah rumah di Kampung Sungai Badak 3," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, paras air naik sekitar 1.5 meter di kawasan berkenaan namun trend air menunjukkan ia makin surut dan hujan renyai.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!