Tunggu inai di jari: Elly Mazlein

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI, Elly Mazlein berkongsi dia bakal menukar status ibu tunggal tidak lama lagi.

Dalam pengakuan Elly, 39, dia bersyukur kepada Tuhan kerana ditemukan dengan calon suami yang terbaik.

---

No Image Caption

"Sekarang ini dalam fasa bunga-bunga. Saya, Sefhia dan dia sedang happy.

"Saya percaya perkara ini telah ALLAH aturkan dalam hidup.

"Saya pun sudah bercakap dengan dia... mahukan lelaki yang betul-betul bertanggungjawab.

"Nak ambil anak orang sebagai isteri kena persiapkan dari segenap segi, alhamdulillah dia sudah beli rumah," ujarnya Elly teruja.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Elly yang ditemui pada sidang media Bintang Bersama Bintang 2019 selaku hos utama, berkata, dia bakal berjumpa dengan kedua orang tua lelaki pilihannya di Kelantan, Mac ini.

"Saya sudah bersedia 80%! Tunggu inai di jari sahaja. Status dia bujang lewat 20-an.

"Bulan tiga akan ke sana berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa dia.

"Saya juga sebenarnya sudah berjumpa dengan adik beradik dia yang ada kat Kuala Lumpur.

"Keluarga dia besar, dia anak ke lapan daripada 13 orang dan saya seronok lah dapat menumpang kasih sayang, maklumlah keluarga saya kecil," kata Elly teruja.

No Image Caption

Bercerita dengan lebih mendalam, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Hanafi, berkata, bakal suami seorang yang sangat menjaga solat.

"Setiap subuh dia akan call kejut untuk solat subuh. Saya teringin nak solat sama dengan suami, itulah impian saya," tambah Elly.

Dalam pada itu, Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom, akan memberitahu dia akan sekali lagi melalui fasa bertunang.

"Insya-ALLAH saya akan bertunang sebab nak bagi dia merasa momen itu," tuturnya.