Gangguan bekalan air di lima daerah di Negeri Sembilan pada 24 Ogos

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SEREMBAN - Sebahagian kawasan di daerah Kuala Pilah, Jempol, Tampin, Rembau dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam mulai 8 pagi pada 24 Ogos ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail dalam kenyataan berkata, gangguan bekalan air itu berikutan kerja penyelenggaraan dan pencucian Loji Rawatan Air (LRA) serta pemasangan paip.

Beliau berkata, di Kuala Pilah, kawasan terlibat adalah Pekan Dangi, Melekai, Malan, Nuri, Renggoh, Selaru, Pekan Johol, Ulu Yuh, Air Mawang, Kepis Baru, Senaling, Kepis Ulu, Ulu Rembang Panas, Sungai Dua Besar, Sri Pilah, Sikai, Seri Menanti, Matrikulasi, Taman Bahagia Delima,Taman Bukit Intan,Taman Selasih dan Taman Tebat Kering.

Turut terjejas di kawasan berkenaan adalah Melang, Pekan Tanjong Ipoh, Taman Desa Aman, Taman Desa Melang, Pelangai, Beting, Parit Tinggi, Gentam, Sri Jemapoh, Padang Lebar, Sungai Jelutung, Juasseh Tengah, Pasir Ambor, Sungai Talan, Juasseh, Rembang Panas, Terusan Seberang, Ulu Rembang Panas, Taman Putra, Taman Bukit Gelugur, Taman Jemapoh dan Sungai Tawang.

Katanya, bagi daerah Jempol pula melibatkan Taman Sornam, Taman Satelite, Kampung Jambu 8, Kampung Kuala Jempol, Kampung Cacar, Kampung Padang Lalang, sepanjang Jalan Bahau-Terusan, Kampung Ladang Geddes, Desa Puteri, Kasih Putra, Taman Khaya, Taman Meranti, Taman Rasa Sayang, Taman Cempaka, Taman Juara, Taman Garsenia, Kampung Pak Kha Choon, Taman Bahau, Kampung Taman Jaya, IOI Mahsan, Kampung Panchor, Taman Sri Rompin, Balai Polis Bahau dan kawasan Perindustrian Kiara.

Di daerah Tampin pula, melibatkan Taman Indah, Taman Clonlee, Taman Tunku Besar, Taman Mutiara, Taman Minang, Taman Batu Belang, Taman Bukit Ria, Kampung Batu Belang, Bandar Tampin, Jalan Seremban, Pusat Serenti, Pekan Gemencheh Baru, Taman Orked, Taman DatoTaha, Taman Asahan Indah, Taman Sri Asahan, Taman Sri Gemencheh, Taman Impian Jaya, Kampung Sri Asahan, Taman Muhibbah, Rumah Rakyat Gemencheh 2, Kampung Tengah Gemencheh dan Rumah Rakyat Kampung Tengah.

Industri Kecil Gemencheh, Taman Kasturi, Ladang Sin Huat, Kampung Baru Gedok, Kampung Gedok, Taman Gembira, Taman Merak, Taman Nuri, Taman Sri Intan, Taman Gemencheh Jaya, Taman Sentosa, Felda Bukit Rokan, Kampung Ulu Rokan Sri Dangi, Kampung Batang Rokan, Rumah Rakyat Batang Rokan, Kampung Langkap Air Pesom dan Felda Bukit Rokan Utara.

Bagi daerah Rembau melibatkan Exevalley Orchid Park, Kampung Kundur Hilir, Kolej Kemahiran Tinggi, Sekolah Menengah Kebnagsaan Sains Kundur, Desa Permai Kundur, Jalan Pelebar Dalam, Kampung Pilin, UITM, Kampung Panchang, Jalan Semin Indah, Kampung Baru Semin, Ladang Sungai Baru, Ladang Bukit Bertam, Kampung Bukit Bertam, Jalan Batu Berendam, Kampung Sungai Timun Dalam, Kampung Sungai Timun Luar, Rumah Rakyat Lubuk Cina Fasa 1, Rumah Rakyat Lubuk Cina Fasa 2, Pasar Lubuk Cina dan Kampung Nerambai.

Artikel Berkaitan:

Bagi Port Dickson pula, ia melibatkan sebahagian kawasan dari Ladang Tampin Linggi, Kampung Tampin Linggi, Pengkalan Durian (Rumah Rakyat 1 dan 2), Taman Linggi, seluruh kawasan Linggi, Pengkalan Kempas, Kampung Permatang Pasir Linggi (Rumah Rakyat Permatang Pasir dan Kampung Sua Manggis), Tarzan Estet, Bukit Tembok, Bukit Kuau, kawasan Sengkang (Batu 18,19,20,21,22), kawasan Pengkalan Kempas, Kampung Tanjung Agas, Kampung Sungai Raya, Pekan dan Kampung Pasir Panjang.

Gangguan bekalan air turut melibatkan Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Batu14, Batu 15 dan Batu 16, Jalan Pantai sehingga kawasan Batu12 Jalan Pantai, Taman Green View, Kampung Telok Pelanduk, Taman Peranginan Mutiara, Rumah Rakyat Kampung Telok Pelandok, kawasan Batu 11 Jalan Pantai,Hotel Lexis Hibiscus, Banglo Mawar, Kampung Segenting, Batu10 Jalan Pantai dan Kem Tentera Segenting.

Turut terjejas, Hotel Blue Lagoon, Kem PLKN, Permaisuri Resort, Hotel Ilham, Kem Pengaman, kawasan Batu 9 Jalan Pantai, Hotel Thistal, Taman Bunga Kertas (1 dan 2), Taman Anika,Taman Orkid, Kolej Politeknik, Sekolah Agama Telok Kemang, Taman Politeknik, Taman Intan Perdana (1,2 dan 3), Taman Jati, Taman Bukit Perdana, Sunrise Village Resort, Lembaga Getah, Bougainvilla Resort, Beach Point Motel, Sri Bulan Kondominium, Laguna Resort, Cocobay Resort, Ocean View Resort dan sekitar kawasan Batu 8 Jalan Pantai.

Sri Ratu Hotel & Spa, Hotel Sri Intan, Batu 7 Jalan Pantai, Kemang Indah Kondominium, seluruh kawasan Telok Kemang, Hotel PD Marina, kawasan Sunggala Gateway, sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai,Taman Sirusa Jaya,Kolej Jururawat, Hospital Besar Port Dickson, Hotel Marina Crecent, Hotel Avillion Admiral Marina, Perumahan dan Kem Tentera Batu 5 Jalan Pantai, Desa Lagun Resort, Regency Tanjung Tuan Beach Resort, The Grand Beach Resort, Bayu Beach Resort dan sebahagian kawasan Kampung Sawah Sunggala sehingga sebahagian kawasan Batu 4 Jalan Pantai.

Kata Norzita, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja berkenaan selesai dan pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. -Bernama