Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dengan indeks utama meningkat 0.11 peratus di atas sokongan sentimen berhati-hati di tengah-tengah perkembangan terkini politik tanah air. Foto hiasan.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dengan indeks utama meningkat 0.11 peratus di atas sokongan sentimen berhati-hati di tengah-tengah perkembangan terkini politik tanah air. Foto hiasan.
A
A
A

BURSA Malaysia ditutup bercampur-campur pada Rabu dengan indeks utama meningkat sebanyak 0.11 peratus di atas sokongan sentimen berhati-hati di tengah-tengah perkembangan terkini politik tanah air.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.65 mata untuk ditutup kepada 1,525.24 daripada paras penutup 1,523.59 pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 1.39 mata kepada 1,524.98 dan bergerak turun naik antara paras 1,518.95 dan 1,526.34 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi sedikit kaunter untung sebanyak 472 berbanding 436, manakala 460 kaunter tidak berubah, 832 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.83 bilion unit bernilai RM2.20 bilion daripada 4.32 bilion unit bernilai RM2.38 bilion pada Selasa.

Seorang peniaga berkata pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman perdana menteri baharu minggu ini.

Satu perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada Jumaat ini bagi membincangkan isu tersebut.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi IHH Healthcare dan CIMB meningkat satu sen setiap satu masing-masing kepada RM5.79 dan RM4.61, Maybank tidak berubah pada RM8.14, Public Bank dan Petronas Chemicals kedua-duanya susut satu sen masing-masing kepada RM3.94 dan RM7.99, manakala TNB turun lima sen kepada RM9.89.

Artikel Berkaitan:

Dalam kalangan kaunter cergas, Sedania Innovator melonjak 13 sen kepada 76 sen, AppAsia meningkat 2.5 sen kepada 17 sen, Serba Dinamik tidak berubah pada 42 sen, Avillion turun satu sen kepada 19 sen dan Advance Synergy berkurangan tiga sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 26.82 mata kepada 11,147.96, Indeks FBMT 100 naik 23.28 mata kepada 10,864.25, Indeks FBM Emas Shariah menokok 36.14 mata kepada 12,262.75, FBM 70 menambah 76.26 mata kepada 14,627.35 dan FBM ACE turun 20.15 mata kepada 7,111.99.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 70.43 mata kepada 6,393.86, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 14/16 mata kepada 14,859.03 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.15 mata kepada 190.60.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.70 bilion saham bernilai RM1.83 bilion daripada 2.88 bilion saham bernilai RM2.06 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 181.58 juta unit bernilai RM340.70 juta daripada 260.50 juta unit bernilai RM39.63 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 917.01 juta saham bernilai RM340.70 juta berbanding 1.05 bilion saham bernilai RM269.09 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.12 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (613.99 juta), pembinaan (110.37 juta), teknologi (241.42 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (45.49 juta), hartanah (209.06 juta), perladangan (22.79 juta), REIT (7.35 juta), dana tertutup (6,000), tenaga (200.89 juta), penjagaan kesihatan (54.34 juta), telekomunikasi dan media (21.83 juta), pengangkutan dan logisti (31.34 juta) dan utiliti (13.63 juta). -Bernama