X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Motoyama kagum aksi peserta, akui sukar pilih pemenang

Motoyama
A
A

BIARPUN agak sukar untuk memilih pemenang bagi Yakult Global Challenger 2021, legenda bola sepak Jepun, Masashi Motoyama mengakui kagum apabila menonton video yang dihantar oleh peserta-peserta peraduan berkenaan.

Menurut Motoyama, 42, yang kini beraksi dengan Kelantan United FC, kesemua peserta telah berjaya mempamerkan aksi yang baik pada peraduan berkenaan hingga pemenang terpaksa ditentukan berdasarkan usia dan usaha yang dilakukan mereka.

“Syabas kepada semua peserta. Saya berasa sungguh terhibur menonton semua video remix tersebut tetapi sukar bagi saya untuk membuat keputusan. Dengan itu, saya telah memutuskan untuk menilai berdasarkan usia dan usaha mereka.

“Kepada mereka yang tidak terpilih sebagai pemenang, saya memohon maaf sekiranya saya telah mengecewakan anda. Setelah keadaan menjadi pulih, saya menginginkan cabaran bersemuka dan bukannya secara maya,” katanya.

Untuk rekod, program anjuran Yakult (Malaysia) Sdn Bhd yang telah bermula sejak 10 hingga 31 Julai 2021 itu secara keseluruhannya bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup aktif semasa berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Peraduan yang dianjurkan secara maya itu turut menggunakan ciri baharu media sosial Instagram Reel di mana peserta juga dikehendaki menggunakan fungsi Remix Instagram Reels di mana skrin akan terbahagi kepada video Reel yang asal dan video yang baru.

Kemudian, peserta perlu merakam remix mereka dan peserta juga diminta untuk melakukan timbangan bola mengikut aksi Motoyama sambil menggabungkan teknik gaya bebas mereka tersendiri dalam kategori Mudah dan Sederhana manakala untuk kategori Pro, Motoyama menetapkan aksi timbangan pada tahap kesukaran yang tinggi untuk peserta melakukan remix.

Setelah dinilai dengan teliti oleh juri untuk cabaran ini, Motoyama sendiri telah memilih pemenang Piala Global Yakult 2021 – Cabaran Timbang Bola Reels Motoyama.

Bagi kategori Mudah, @jasonleefs dipilih sebagai juara bagi kategori Mudah, @saif-brothers (naib juara pertama) dan @putra muhamad isqandar (naib juara kedua); @muzaqofficial (juara), @syahmi irfann (naib juara pertama) dan @yassimafeefrayyan (naib juara kedua) bagi kategori Sederhana dan @zhillmi (juara), @ajiq.o (naib juara kedua) dan @azzamzlan (naib juara kedua) bagi kategori Pro.

Video-video peserta ini boleh dilihat di Instagram Yakult Global Challenger @yakult_gc.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang www.yakult.com.my atau ikuti halaman Facebook Yakult Global Challenger (@yakultglobalchallenger) dan Instagram (@yakult_g

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada, pihaknya telah menerima penyertaan yang kompetitif daripada peserta yang melibatkan kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa.

“Para peserta sangat berbakat dan berjaya beraksi dengan baik walaupun terdapat maklum balas yang mengatakan bahawa cabaran timbangan ini adalah sangat sukar.

“Namun, kami masih lagi tidak dapat menganjurkan kejohanan Piala Global Yakult pada tahun ini berikutan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Namun begitu, kami mengharapkan cabaran berskala kecil dalam Piala Global Yakult ini dapat membantu mengekalkan kecergasan fizikal dalam kalangan peminat bola sepak walau di rumah sahaja,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!