X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Johnson, Biden ikrar bekerjasama isu Afghanistan

Joe Biden
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Selasa berbincang mengenai keadaan semasa di Afghanistan berikutan pengambilalihan Taliban, memetik kenyataan Downing Street.

Menerusi perbualan telefon, kedua-dua pemimpin itu menyambut baik kerjasama kedua-dua negara sejak beberapa hari kebelakangan ini untuk membantu membawa pulang rakyat, kakitangan dan bekas pekerja dari Afghanistan.

"Kdua-dua pemimpin bertekad untuk terus bekerjasama erat untuk memastikan lebih ramai lagi dapat dibawa keluar dari negara itu," menurut kenyataan itu.

Boris Johnson
Boris Johnson

Johnson dan Biden juga sepakat mengenai perlunya masyarakat global bersatu untuk mencegah berlakunya krisis kemanusiaan di Afghanistan, lapor Xinhua.

Britain merancang untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke rantau itu dan penempatan semula pelarian.

Pejabat Dalam Negeri Britain pada Selasa menyatakan sehingga 20,000 pelarian Afghanistan akan ditawarkan tinggal di Britain selama lima tahun.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) secara maya dalam masa terdekat untuk membincangkan keadaan di Afghanistan.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada Isnin, Biden tetap dengan keputusannya untuk menarik balik tentera AS dari Afghanistan dan tidak menyangka Kabul jatuh ke tangan Taliban lebih cepat daripada yang dijangkakan Washington. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!