Tiada alasan Manchester United tak boleh langgar Manchester City

Neville menyifatkan Manchester United kendalian Solskjaer (gambar) tidak mempunyai alasan untuk tidak mampu menyaingi Manchester City musim ini. - Foto AFP
Neville menyifatkan Manchester United kendalian Solskjaer (gambar) tidak mempunyai alasan untuk tidak mampu menyaingi Manchester City musim ini. - Foto AFP
A
A
A

GERGASI Inggeris, Manchester United tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak mampu menyaingi penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City selepas merekrut dua bintang berprofil tinggi Jadon Sancho dan Raphael Varane.

Malah bekas kapten Manchester United, Gary Neville berkata, kehadiran Varane ke Old Trafford menyelesaikan bahagian paling bermasalah dihadapi

The Red Devils kendalian Ole Gunnar Solskjaer sejak beberapa musim ini.

“Pengakhiran Manchester United pada musim lalu masih boleh diterima berdasarkan kapasiti skuad selain situasi semasa yang tidak hanya memberi kesan kepada prestasi kelab ini tetapi juga pesaing lain.

“Namun persiapan pada musim ini begitu lancar selain dengan kehadiran dua pemain baharu Jadon Sancho dan Raphael Varane dalam memperkuatkan bahagian tertentu pasukan yang sebelum ini tidak begitu sempurna.

“Jadi untuk musim ini, saya boleh katakan ia merupakan persiapan Manchester United yang paling sempurna tambahan dengan kehadiran Raphael Varane dalam menyaingi Manchester City seterusnya mencabar kejuaraan domestik,” katanya.

Kehadiran Varane dijangka akan memantapkan lagi bahagian pertahanan The Red Devils sejak dua musim lalu yang banyak bergantung kepada kapten Harry Maguire selain Sancho pula akan menambah ketajaman bahagian penyudah diterajui Bruno Fernandes.

Malah bekas pengendali Manchester United Sir Alex Ferguson pernah berkata: “Jentera serangan membantu anda memenangi perlawanan, tetapi benteng pertahanan akan membantu anda menjulang kejuaraan.”

Artikel Berkaitan: