India catat kes harian terendah sejak lima bulan lalu

India Covid-19 11 Ogos 2021 - Foto fail Reuters
India Covid-19 11 Ogos 2021 - Foto fail Reuters
A
A
A

NEW DELHI - Kes Covid-19 di India pada Selasa berjumlah 32,250,679 berikutan 25,166 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam, lapor Xinhua.

Menurut data terbaharu kementerian kesihatan persekutuan, ia peningkatan harian terendah dalam tempoh 154 hari.

Selain itu, 437 kematian dicatatkan sejak pagi Isnin menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 432,079 orang.

Masih terdapat 369,846 kes aktif di negara ini, penurunan 12,101 kes.

Sejumlah 31,448,754 kes sembuh direkodkan setakat ini dengan 36,830 orang telah dibenarkan keluar hospital sepanjang 24 jam lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: