MBSA buka kaunter pandu lalu, pejabat cawangan sepanjang Ogos

Shahrin
Shahrin
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka perkhidmatan kaunter pandu lalu di Wisma MBSA dan Pejabat Cawangannya sepanjang bulan ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kaunter pandu lalu di Wisma MBSA dan Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning serta Pejabat Cawangan Setia Alam mula beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, mulai jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Menurutnya, kaunter pandu lalu dan pejabat cawangan turut beroperasi pada jam 9 pagi sehingga 1 petang pada Sabtu dan Ahad.

Shahrin berkata, antara perkhidmatan yang disediakan adalah semakan, cetakan dan pembayaran bil-bil MBSA melibatkan cukai taksiran, sewaan, kompaun, cagaran, permit, carian maklumat dan pembaharuan lesen perniagaan seperti tambahan perkhidmatan.

“Pihak MBSA menggalakkan pembayaran tanpa tunai bagi mengurangkan giliran masa menunggu untuk melakukan pembayaran.

“Sehubungan dengan itu, pihak MBSA memohon kerjasama semua pihak untuk memaklumkan kenyataan ini kepada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan: