X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

UMKEA iktiraf alumni usahawan berjaya C2Joy

Noor Azizi semasa mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Keusahawanan UMKEA 2020 secara dalam talian pada Khamis.
A
A

PENGASAS TDC Holdings Sdn Bhd dan usahawan susu kolostrum C2Joy (Safe & Joy), Muhammad Hafizuddin Hiew Abdullah merangkul anugerah utama [email protected] (Million Dollar Awards) sempena Majlis Anugerah Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEA) 2020 pada Khamis lalu.

Majlis anjuran Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI) terbabit turut mempertandingkan tujuh kategori keusahawanan yang berlangsung secara dalam talian menerusi platform Facebook Rasmi UMK.

Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Noor Azizi Ismail berkata, anugerah UMKEA diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai kejayaan serta sumbangan usahawan pelajar, graduan, mentor, alumni dan rakan usahawan daripada program SME Graduate.

Beliau menyifatkan anugerah tersebut sebagai pendorong dan pembakar semangat terutama kepada usahawan penuntut UMK untuk bersaing secara sihat dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perniagaan.

“UMK mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan dalam melahirkan usahawan pelajar dengan mencatatkan usahawan 1,605 penuntut sehingga Jun lalu.

“Buat pertama kali pada tahun 2020 UMK mencapai 1,424 iaitu sebanyak 15.6 peratus usahawan penuntut melepasi sasaran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), manakala usahawan graduan pula sebanyak 14.8 peratus melepasi sasaran KPT sebanyak 10 peratus,“ katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, dalam memperkasakan keusahawanan di UMK, penstrukturan semula pusat keusahawanan dilakukan pada tahun 2019 dengan meletakkan Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) sebagai peneraju.

Muhammad Hafizuddin Hiew merangkul anugerah utama Alumni@UMK (Million Dollar Awards) sempena Majlis Anugerah Keusahawanan UMKEA 2020.
Muhammad Hafizuddin Hiew merangkul anugerah utama [email protected] (Million Dollar Awards) sempena Majlis Anugerah Keusahawanan UMKEA 2020.

Katanya, ia diperkuatkan dengan tiga pusat di bawah naungan UMKEI iaitu Centre for Entrepreneurship Education and Development (CEED), Institute of Small and Medium Enterprise (ISME) dan Global Entrepreneurship Research and Innovation Centre (GERIC).

“Saya cukup yakin dan percaya untuk kelestarian dalam bidang keusahawanan dengan melakukan pelbagai inovasi.

“UMK juga menubuhkan Ignite Venture Lab (IVL) iaitu sebuah makmal hab inovasi yang akan menjadikan UMK sebagai peneraju untuk merangsang kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan dengan lebih 10,000 akan penuntut menerima manfaat,” katanya.

Antara anugerah lain ialah Student Social Entrepreneurship Awards dimenangi pemilik Phytophia Venture, Ahmad Zaid Azri Ahmad Zakaria daripada Fakulti Industri dan Asas Tani (FIAT) dan kategori [email protected] Awards di raih pemiliki Min House Camp, Wan Noriah Wan Ramli.

Selain itu Pengarah Urusan Khabilu Manufacturing Sdn Bhd, Hakimullah Khabilu memenangi kategori [email protected] Awards dan pemenang Entrepreneurship Mentor Award dimenangi oleh Pensyarah Fakulti Industri dan Asas Tani (FIAT), Mohd [email protected]

Bagi kategori Institutional Awards dirangkul Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), manakala penerima anugerah kategori Student Enterprise Awards dimenangi Imer Jibril Mohd Nasir dan Wan Azehan Helmi Wan Abdul Halim daripada syarikat Zehan Jibril Enterprise.

Syarikat Wawa Bakery, Noor Salwa Mohd Razali pula memenangi anugerah untuk kategori Graduate Enterprise Awards.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!