Guardiola pertahankan aksi Grealish

Grealish (dua, kanan) berusaha meloloskan diri dari kepungan dua pemainTottenham Oliver Skipp (dua, kiri) dan Japhet Tanganga semasa aksi EPL, awal pagi Isnin. FOTO: AFP
Grealish (dua, kanan) berusaha meloloskan diri dari kepungan dua pemainTottenham Oliver Skipp (dua, kiri) dan Japhet Tanganga semasa aksi EPL, awal pagi Isnin. FOTO: AFP
A
A
A

PELEDAK baharu Manchester City, Jack Grealish memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan The Citizens selepas penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tewas 0-1 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan pembukaan liga di Stadium Tottenham Hotspur pada Ahad.

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menegaskan bekas pemain Aston Villa dan England itu telah mempamerkan aksi terbaik sepanjang 90 minit dalam perlawanan kompetitif pertamanya menentang The Spurs.

“Sejujurnya karakter yang dipamerkan Grealish dalam perlawanan ini cukup cemerlang, selain membantu kelab mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol untuk pemain-pemain City lain.

“Namun malangnya Manchester City tidak bernasib baik untuk memenangi perlawanan pembukaan pertama liga biarpun Grealish tampil dengan permainan lebih baik berbanding sebelumnya.

“Secara peribadi Grealish dalam perlawanan ini tidak mudah kehilangan bola sepanjang tempoh perlawanan, malah dia cukup memberi ancaman ketika berada di dalam kawasan pertahanan Tottenham,” katanya.

Grealish sebelum ini merupakan prospek tinggi Guardiola dalam misi mengekalkan kejuaraan domestik selain meraih kejuaraan di pentas Eropah selepas

diikat selama enam tahun dari Aston Villa dengan rekod perpindahan British dilaporkan bernilai 100 juta pound (RM587.46 juta).

The Citizens sebelum itu tampil longlai pada aksi pertama mempertahankan kejuaraan liga apabila terpaksa akur dengan jaringan tunggal minit ke-55'

Artikel Berkaitan:

Son Heung-min untuk kemenangan meyakinkan buat pengendali Nuno Espirito Santo.

Untuk rekod pada perlawanan itu, Kapten Tottenham Harry Kane tidak bersama skuad Spurs kerana pulang lewat untuk latihan pramusim ketika dia dilihat cuba berhijrah ke kelab juara EPL tersebut.

Kekalahan kepada Tottenham itu menyaksikan Manchester City menjadi kelab ketiga berstatus penyandang juara yang tewas pada aksi pembukaan era Liga Perdana pada ketika tonggak lincah Kevin De Bruyne hanya dimasukkan menggantikan Riyad Mahrez pada minit ke-79.

“Sebenarnya Kevin De Bruyne tidak menjalani latihan penuh sebelum ini, jadi adalah sukar untuk menurunkannya bagi aksi 90 minit perlawanan.

“Manchester City masih lagi merupakan pasukan sama yang menjuarai Liga Perdana musim lalu, dan saya percaya kami akan bangkit selepas perlawanan ini,” ujar pengendali kelahiran Sepanyol tersebut.