Maqis rampas pokok keladi dari Belanda

Maqis Perak merampas pokok keladi yang diimport tanpa permit sah di Pejabat Pos Besar Ipoh pada Isnin. - Foto ihsan Maqis Perak
Maqis Perak merampas pokok keladi yang diimport tanpa permit sah di Pejabat Pos Besar Ipoh pada Isnin. - Foto ihsan Maqis Perak
A
A
A

IPOH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak merampas sekotak pokok keladi yang dibawa masuk dari negara Belanda di Pejabat Pos Besar Ipoh, di sini pada Isnin.

Maqis dalam satu kenyataan memaklumkan, dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), berjaya menahan satu kotak yang berisi pelbagai jenis pokok keladi.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati pokok keladi yang dibawa masuk tersebut tidak mempunyai permit import yang sah.

"Selain itu, ia gagal mengemukakan sijil fitosanitasi dari negara asal. Kesemua pokok berkenaan telah ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, perbuatan mengimport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah atau mikroorganisma tanpa permit adalah merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali.

"Maqis sentiasa komited dan tegas dalam menjalankan penguatkuasaan di pintu-pintu masuk negara bagi mengelakkan kemasukan penyakit tumbuhan, haiwan serta ikan dan menjamin setiap barangan yang dibawa masuk bebas daripada makhluk perosak dan selamat," katanya.

Artikel Berkaitan: