X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Sidang DUN Selangor tumpu isu Covid-19, agihan vaksin

Ng Suee Lim
A
A

SHAH ALAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijadual bermula pada 23 Ogos sehingga 6 September depan dijangka memberi tumpuan terhadap isu penularan Covid-19 dan agihan vaksin di negeri tersebut.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, persidangan pada kali ini masih dijalankan mengikut norma baharu bagi memastikan keselamatan kesihatan semua pihak terjamin daripada ancaman jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkenan merasmikan dan menyampaikan titah diraja sewaktu pembukaan sidang berkenaan.

"Pada hari kedua pula, semua wakil rakyat akan membahaskan titah diraja berkenaan dan kemudian pertanyaan soalan mulut akan dibangkitkan melibatkan beberapa perkara antaranya Covid-19 dan agihan vaksin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, Sultan Sharafuddin memberi perkenan bagi pembukaan Sidang DUN Selangor selaras dengan peruntukan termaktub di dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata, seramai kira-kira 150 individu secara keseluruhan terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Exco, petugas dan media akan mula menjalani ujian saringan Covid-19 pada Jumaat ini.

"Setiap pihak yang mengikuti Sidang DUN Selangor perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan bagi menggelakkan penularan Covid-19," katanya.

Tambah beliau, segala persiapan untuk perjalanan persidangan kali ini berjalan lancar dan teratur bagi memastikan keselamatan kesihatan semua pihak terjamin.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!