Taliban menang di Afghanistan

Gambar kecil: Ashraf Ghani. - Foto AFP
Gambar kecil: Ashraf Ghani. - Foto AFP
A
A
A

KABUL - Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani berkata pada Ahad selepas beliau melarikan diri dari negara itu bahawa Taliban telah menang selepas pergerakan berkenaan memasuki ibu kota Kabul.

Ghani melarikan diri ketika para pemberontak semakin hampir menawan ibu negara tersebut sebelum memasukinya dan mengambil alih Istana Presiden sekali gus mengecapi kemenangan.

Sebelum ini, Taliban disingkirkan dari Kabul setelah ia berjaya menguasai Afghanistan.

Pergerakan berkenaan telah bertempur dan menewaskan tentera kerajaan selepas tidak mendapat sokongan dari askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang dalam proses pengunduran dengan tarikh akhir pada 31 Ogos depan seperti ditetapkan oleh Presiden AS, Joe Biden.

Tindakan Taliban mengambil alih negara itu juga menimbulkan perasaan panik dan ketakutan dalam kalangan penduduk kerana ia melaksanakan sistem undang-undang Islam semasa memerintah pada tahun 1996 hingga 2001.

Taliban telah menyambar pantas negara ini dengan tentera kerajaan tumbang tanpa sokongan tentera AS yang akhirnya berundur sejajar dengan tarikh 31 Ogos depan seperti ditetapkan oleh Biden.

Artikel Berkaitan:

Ibu kota Kabul kini di bawah penguasaan Taliban. - Foto AFP
Ibu kota Kabul kini di bawah penguasaan Taliban. - Foto AFP

"Taliban telah menang dengan senjata dan pedang serta kini bertanggungjawab untuk maruah, harta benda dan memelihara rakyat mereka," kata Ghani dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Ghani berkata, beliau meninggalkan Afghanistan adalah bagi mengelakkan berlakuknya pertumpahan darah.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan ke mana beliau pergi tetapi kumpulam media Afghanistan, Tolo menyatakan kemungkinan Ghani pergi ke Tajikistan.

AS ketika diperintah bekas Presidennya, Donald Trump memeterai satu perjanjian dengan Taliban di Doha, Qatar pada tahun 2020 yang menyaksikan pengunduran askar-askar AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang ditetapkan ketika itu iaitu menjelang Mei 2021 dari Afghanistan.

Namun, Biden melanjutkan lagi pengunduran tentera AS dari negara itu tanpa syarat sehingga 31 Mei depan.

Taliban memulakan kemaraan untuk menawan keseluruhan negara itu sejak 6 Ogos lalu apabila ia berjaya menguasai bandar Zaranj di wilayah Nimruz, selatan Aghanistan sebelum diikuti dengan ibu-ibu negeri wilayah Afghanistan selepas meningkatkan serangan ke atas tentera kerajaan. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN:Taliban perkuat cengkaman, tawan bandar besar

ARTIKEL BERKAITAN:Taliban mara ke Kabul