GP Austria: Percaturan Binder menjadi

Binder meraikan kejayaan mengungguli GP Austria sebentar tadi.
Binder meraikan kejayaan mengungguli GP Austria sebentar tadi.
A
A
A

TINDAKAN pelumba KTM, Brad Binder tidak menukar tayar ketika hujan lebat nyata menjadi apabila dia menjuarai perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Austria sebentar tadi.

Berbanding barisan pencabarnya yang masuk ke pit untuk menukar tayar pada pusingan terakhir, Binder terus menunggang jenteranya dengan tayar slick sehingga melintasi garisan penamat.

Ternyata perjudian Binder itu membuahkan hasil apabila dia mengesahkan kejuaraan manakala pelumba Ducati, Francesco Bagnaia dan Jorge Martin (Ducati Pramac) masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori Moto2, pelumba Ajo Motorsport, Raul Fernandez muncul juara manakala penunggang Aspar Team, Sergio Garcia pula mengungguli kelas Moto3.

Artikel Berkaitan: