Peniaga bumiputera lega pengumuman PM

AMEER
AMEER
A
A
A

SHAH ALAM - Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembukaan sebahagian sektor ekonomi bagi negeri-negeri fasa satu dan fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) memberi nafas lega terutamanya kepada peniaga bumiputera.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, ini kerana peniaga bumiputera amat terkesan dan menanggung kerugian besar akibat penutupan sektor ekonomi susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PPN.

Menurutnya, kemudahan ekonomi yang dijelaskan Perdana Menteri dalam pengumuman pada Ahad terpakai ke atas semua fasa PPN secara bersyarat.

"Syaratnya ialah kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri haruslah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus dan individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.

"Semua pemain industri perniagaan juga dinasihatkan agar mengambil pendekatan serius tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan semua pekerja ekonomi mendapatkan vaksinasi lengkap," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ameer berkata, BRO menyambut baik keputusan kerajaan dalam memberikan kemudahan pembukaan semula ekonomi bagi sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa pada Isnin.

"BRO turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kementerian terlibat antaranya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di atas pengumuman yang cukup bermakna ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan: