Kumpul SD sokong Ismail Sabri, Royale Chulan jadi tumpuan

Petugas media daripada pelbagai agensi berada di hotel berkenaan sejak jam 3 petang tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Hotel Royale Chulan menjadi tumpuan pada petang Ahad apabila ahli-ahli Parlimen UMNO dikatakan berkumpul bagi menandatangan surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Petugas media daripada pelbagai agensi berada di hotel berkenaan sejak jam 3 petang tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai perkara tersebut.

Difahamkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipercayai turut berada di bangunan tersebut bersama ahli-ahli Parlimen UMNO sejak jam 2.30 petang.

Setakat jam 5.30 petang, tiada kenderaan membawa orang kenamaan dilihat keluar dari bangunan hotel terbabit.

Ketika ini timbul desas-desus terdapat usaha mendapatkan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai pengganti Muhyiddin yang dijangka akan meletakkan jawatan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Isnin.

Artikel Berkaitan: