United tidak hanya bergantung kepada Fernandes

Fernandes (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Leeds.
Fernandes (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Leeds.
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan The Red Devils mempunyai ramai penyerang berkualiti dan tidak hanya akan bergantung kepada Bruno Fernandes selepas pemain itu melakar hatrik dalam kemenangan 5-1 ke atas Leeds United pada Sabtu.

Fernandes merupakan penjaring terbanyak buat pasukan itu musim lalu dengan 18 gol dan sekali lagi menjadi watak penting dengan menjaringkan hatrik untuk memberikan permulaan positif kepada United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

"Hari ini menjadi hari yang sangat bagus. Tiada masalah siapa pun yang menjaringkan gol dan Bruno menunjukkan kualitinya. Kami juga mempunyai ramai pemain penyerang dan Bruno tidak akan rasa terbeban

"Anda boleh lihat penyerang yang ada dalam pasukan seperti Mason (Greenwood), Jadon (Sancho), Marcus (Rashford), Anthony (Martial), dan James. Mereka semua boleh bermain di pelbagai posisi.

"Gol boleh terhasil daripada mereka dan tidak semestinya Bruno menjadi pemain yang perlu menjaringkan gol," katanya.

Dalam perlawanan itu, selain Fernandes yang meledak hatrik, Greenwood dan Fred juga turut melakar nama selaku penjaring manakala gol saguhati Leeds dijaringkan oleh Luke Ayling.

Solskjaer turut gembira dengan persembahan para pemainnya dan percaya ia menjadi titik tolak untuk memburu trofi EPL musim ini.

"Alex Ferguson (bekas pengendali United) selalu berkata untuk menikmati setiap perlawanan dan bertanggungjawab bermain di hadapan 75,000 penonton dan jutaan di televisyen.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi, untuk memastikan kemenangan dalam setiap perlawanan, memerlukan kerja keras. Saya tidak dapat meminta lebih banyak. Anda selalu sedikit bimbang sebelum perlawanan pertama. Ini adalah hari yang hebat dan permulaan yang baik," katanya.