X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Manchester United belasah Leeds United

Fernandes (tengah) bersama pemain-pemain Manchester United lain meraikan kejayaan mengatasi 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford sebentar tadi. - Foto AFP
A
A

OLE Gunnar Solskjaer melaungkan amaran awal bahawa Manchester United serius mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila membelasah Leeds United 5-1 dalam aksi di Stadium Old Trafford malam ini.

Anak buah Solskjaer memulakan pesta gol dalam aksi pertama liga musim ini bermula dengan jaringan Bruno Fernandes pada minit ke-30 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.

Skuad Marcelo Bielsa memperkemaskan permainan pada babak kedua kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Luke Ayling pada minit ke-48 untuk The Whites.

Tersentak dengan jaringan itu, The Red Devils kembali mengasak kubu lawan dan hasilnya tuan rumah kembali di depan hasil jaringan Mason Greenwood pada minit ke-52 sebelum Fernandes melebarkan kedudukan dengan gol pada minit ke-54'.

Fernandes yang tampil cemerlang pada aksi itu terus menambah derita pelawat apabila melengkapkan hatrik menerusi jaringan pada minit ke-60 sebelum Fred memastikan tiga mata berharga milik The Red Devils dengan gol pada minit ke-68 untuk kemenangan bergaya 5-1 Manchester United.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!