PKPIM Kelantan kesal kes rasuah pelajar IPT meningkat

Gambar hiasan. Gambar kecil: Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkiffli
Gambar hiasan. Gambar kecil: Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkiffli
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kelantan memandang serius penglibatan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dengan amalan rasuah.

Yang Dipertua PKPIM Kelantan, Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkiffli berkata, penularan gejala buruk itu pastinya boleh menjejaskan kredibiliti kumpulan terpelajar negara sebagai tunjang barisan kepimpinan pada masa hadapan.

Menurut beliau, berdasarkan dapatan Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah Dalam Kalangan Mahasiswa oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), sebanyak 14.3 peratus responden daripada 2,254 orang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta swasta (IPTS) pernah ditawarkan rasuah.

Katanya, kajian tersebut juga menunjukkan sejumlah 11.4 peratus daripada jumlah tersebut pernah diminta untuk melakukan perbuatan rasuah.