UMNO minta bersabar tunggu keputusan tawaran Muhyiddin

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta semua pihak bersabar menunggu kenyataan parti itu susulan tawaran yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"#UMNO akan mengeluarkan kenyataan balas mengenai isu terkini. Harap bersabar," katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Pada petang Jumaat, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Pada masa sama, ia bagi mengelakkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik berterusan dan tidak diselesaikan segera.

Beliau berkata demikian menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Perutusan itu dibuat ekoran timbul dakwaan berhubung status keabsahan beliau sebagai perdana menteri sudah tiada kerana kehilangan majoriti.

Artikel Berkaitan: