Tujuh premis makanan di Shah Alam diarah tutup

Pemeriksaan yang dijalankan pihak MBSA.
Pemeriksaan yang dijalankan pihak MBSA.
A
A
A
SHAH ALAM - Sebanyak tujuh premis makanan diarah tutup dan sepuluh notis serta 32 kompuan dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dalam Operasi Pemeriksaan Kebersihan Premis Makanan sekitar Seksyen 31 di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan itu mendapati pemilik premis makanan mengabaikan tahap kebersihan di premis masing-masing.

"Ia termasuk aspek penyediaan makanan dan penyimpanan makanan, penggunaan peralatan yang kurang bersih, tandas yang kurang memuaskan, pekerja tidak mempunyai suntikan TY2 (anti-typhoid) dan lain-lain.

"Pihak MBSA berharap setiap premis makanan menjaga kebersihan dan mengamalkan pengendalian makanan yang betul dengan memastikan pembantu kedai mendapat suntikan TY2, menghadiri kursus pengendalian makanan, dan mendaftar untuk memiliki kad pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh pihak MBSA, " katanya.

Penutupan operasi di salah sebuah premis makanan.
Penutupan operasi di salah sebuah premis makanan.



Beliau berkata, pemeriksaan premis makanan dijalankan secara berkala pada setiap bulan bagi memastikan pengusaha sentiasa bersih dan mematuhi syarat operasi yang ditetapkan.

"Tujuh premis diarahkan tutup di bawah Premis ini ditutup di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133).

"Sementara notis dan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil sedia ada seperti Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan & Perindustrian MBSA 2007, Undang-Undang Kecil Establishmen Makanan MBSA 2007 dan Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan MBSA 2007, " katanya.

Penemuan najis lipas sewaktu pemeriksaan dijalankan.
Penemuan najis lipas sewaktu pemeriksaan dijalankan.

Artikel Berkaitan: