Tiada pilihan, Muhyiddin perlu letak jawatan

Amir Abd Hadi
Amir Abd Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan dan bukannya mencari helah dengan memberikan cadangan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan parti-parti di luar kerajaan.

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Abd Hadi menyifatkan tawaran itu sebagai cara Muhyiddin mencari talian hayat ketika PN bakal tumbang.

Malah katanya, segala tawaran itu sepatutnya dibuat sejak awal lagi dan bukannya dalam keadaan ketika sudah hilang majoriti.

“Tidak ada halangan, sebagai contoh, untuk melaksanakan Undi18 yang bukan sahaja diluluskan dengan 2/3 majoriti, malah juga mendapat sokongan penuh keseluruhan ahli Parlimen.

“Sudah terlalu banyak kerosakan yang dibuat oleh kerajaan PN, termasuklah perbelanjaan yang tidak dibentang dan dibahas, helah bagi menutup Parlimen, pengurusan pandemik yang cacamarba serta skandal ‘scheme of things’ untuk membeli sokongan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menambah, kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa tidak ada blok dengan majoriti adalah kenyataan yang karut.

Tegasnya, majoriti perlu dibuktikan dengan undi tidak percaya yang sepatutnya dijalankan pada kadar segera di Parlimen dan bukan dibuat sekadar dengan kenyataan.

Artikel Berkaitan: