Lukaku mahu cipta banyak kejayaan bersama Chelsea

Lukaku
Lukaku
A
A
A

ROMELU Lukaku menyasarkan untuk memenangi banyak kejuaraan bersama Chelsea selepas sah kembali bersama kelab itu musim ini.

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mendapatkan Lukaku daripada Inter Milan dengan harga £97 juta (RM567.08 juta).

"Saya gembira dan bersyukur untuk kembali ke kelab hebat ini. Ia perjalanan yang panjang buat saya kerana pertama kali saya di sini adalah ketika saya budak-budak dan sekarang saya kembali ke sini dengan lebih matang dan berpengalaman.

"Hubungan saya dengan kelab ini cukup bermakna. Saya menyokong Chelsea sejak kecil dan saya kembali untuk membantu pasukan memenanngi lebih banyak kejuaraan," katanya.

Dengan perpindahannya ke Stamford Bridge, Lukaku akan kembali menyertai Chelsea selepas pernah bersama The Blues pada 2011 hingga 2014 sebelum dijual ke Everton.

Ketika bersama Everton, penyerang antarabangsa Belgium itu menjaringkan 87 gol daripada 166 perlawanan pada 2014 hingga 2017.

Ketajaman Lukaku berjaya menarik perhatian Manchester United dan dia menyumbat 42 gol untuk The Red Devils sebelum dilepaskan ke Inter.

Lukaku terus mempamerkan bisanya di San Siro apabila meledak 64 gol dalam tempoh dua musim selain membantu Inter muncul juara Serie A musim lalu.

Artikel Berkaitan:

"Cara kelab ini sesuai dengan cita-cita saya pada usia 28 tahun dan baharu memenangi Serie A. Saya rasa peluang ini datang pada masa yang sesuai dan saya harap kami akan mencipta banyak kejayaan bersama.

"Sejak saya tinggalkan Chelsea, perjalanan panjang saya ada turun dan naik namun pengalaman ini membuatkan saya lebih kuat. Saya tidak sabat untuk membantu pasukan meraih lebih banyak kejayaan," katanya.