Lipan bara, gempita tarikan sambutan Hari Tentera Darat esok

Ahmad Hasbullah
Ahmad Hasbullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - 'Lipan Bara' dan 'Gempita', adalah antara aset Tentera Darat Malaysia yang bakal menarik perhatian pengunjung sempena Sambutan Hari Tentera Darat ke-86 yang akan berlangsung di Ladang Kamuning, Sungai Siput, Perak esok.

Berkonsepkan 'perbarisan tempur' pada tahun ini, pengujung dapat melihat aset kebanggaan negara itu secara lebih dekat dalam pameran yang diadakan selama tiga hari itu.

'Lipan Bara' merupakan kereta perisai bermobiliti tinggi (HMAV) 4x4 dilengkapi senjata M134D-H Gattling Gun 7.62mm dan mempunyai kemampuan mengangkut sehingga dua tan serta memiliki tahap perlindungan selain kekebalan tinggi.

Kenderaan Tempur Infantri (IFV25) yang diberi nama 'Gempita’ pula berperanan untuk mencari, mengenal pasti dan memusnahkan musuh dalam semua fasa peperangan dengan sistem persenjataan bagi kenderaan ini datang dalam pelbagai varian merangkumi 25mm, 30mm, serta 12.7mm.

Jurucakap Tentera Darat berkata turut dipamerkan ialah Astrosii Mlrs (Keris), Denel Meriam G5 Sakti 155mm, Meriam 105mm Pack Howitzer, Uro Vamtac dengan Mgl 40 mm dan AV 8 Gempita 8 x 8.

Selain itu pengujung juga berpeluang melihat petunjukan payung terjun, demonstrasi anjing perang, demonstrasi 'Army Red Warrior', tempur tanpa senjata dan persembahan buskers Badan Kesenian Tentera Darat.

Baru-baru ini, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata Tentera Darat negara kini mampu mendabik dada kerana keupayaannya diiktiraf sebaris dengan mana-mana pasukan pertahanan bertaraf dunia,

Bagi menjamin keberkesanan Tentera Darat, keupayaan pasukan itu sentiasa dipertingkat melalui ilmu taktikal terkini termasuk penggunaan teknologi semasa pertahanan negara seiring peredaran zaman, kata Ahmad Hasbullah. - Bernama

Artikel Berkaitan: