X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

MB Johor nyatakan pendirian terhadap PM, PN di akhir sidang DUN

Hasni
A
A

ISKANDAR PUTERI - Keabsahan kerajaan negeri akan dibuat ketika ucapan penggulungan pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor kali ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menegaskan keabsahan terbabit merangkumi pendirian UMNO Johor terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sebagai seorang pemimpin, kita perlu ada pendirian dan dinyatakan dengan jelas.

"Saya berpendapat berkaitan persoalan keabsahan Perdana Menteri dari sudut saya sebagai ketua kerajaan negeri, perkara itu sebagaimana yang saya nyatakan lebih awal akan diperjelaskan melalui dewan ini.

"Jadi ia (penjelasan) akan dibuat semasa ucapan penggulungan saya nanti," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail di sini pada Khamis.

Pada 6 Ogos lalu, Hasni berkata keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor dan Menteri Besar Johor akan ditentukan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hasni berkata, sidang DUN merupakan saluran paling tepat untuk berbincang dan menentukan keabsahan kerajaan negeri termasuk kedudukan beliau sebagai ketua kerajaan negeri.

Ia susulan tindakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebanyak 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkini iaitu UMNO dan DAP masing-masing 14, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (12), MIC (2), Pas (1) manakala Parti Amanah Negara (6) serta Parti Keadilan Rakyat (7).

Kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang mendapat sokongan daripada UMNO, Bersatu, MIC dan Pas memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang disertai DAP, Amanah dan PKR.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!