Niaga hadapan FBM KLCI dibuka rendah pagi ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal dagangan pagi ini, mengambil petunjuk daripada aliran menurun di pasaran tunai.

Pada jam 9.55 pagi, Ogos 2021 dan Mac 2022 masing-masing merosot 4.5 mata kepada 1,496.0 dan 1,467.0, September 2021 turun 4.0 mata kepada 1,488.0, sementara Disember 2021 susut 3.5 mata kepada 1,479.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,312 lot, dengan kepentingan terbuka 32,458 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI turun 1.47 mata kepada 1,502.97 selepas 55 minit diniagakan. -Bernama

Artikel Berkaitan: