PGA lumpuhkan sindiket pengedaran arak tidak bercukai

Antara arak yang dirampas dalam serbuan yang dijalankan.
Antara arak yang dirampas dalam serbuan yang dijalankan.
A
A
A

PETALING JAYA - Aktiviti mencurigakan yang berlaku di dua buah rumah dua tingkat di Taman Universiti dan di Jalan SS 14/6J Subang Jaya di sini terungkai apabila lokasi berkenaan dijadikan stor penyimpanan dan pengedaran arak tidak bercukai dalam serbuan yang dijalankan Pasukan Gerak Am pada Selasa.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Senior Asisten Komissioner Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras antara jam 12.45 tengah hari hingga jam 4.15 petang.

"Serbuan pertama berjaya merampas 230 kotak bir pelbagai jenis tidak bercukai, tiga buah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan dan empat telefon bimbit.

Antara kenderaan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan.
Antara kenderaan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan.

"Serbuan kedua berjaya merampas 401 kotak bir pelbagai jenis dipercayai tidak bercukai menjadikan jumlah keseluruhan rampasan arak sebanyak 11,827 tin serta botol melibatkan nilai rampasan sebanyak RM972,729.15," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Muhammad berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya menahan tiga individu terdiri daripada dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berumur antara 28 hingga 58 tahun.

"Serbuan yang dijalankan ini sekali gus berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai di sekitar Lembah Kelang dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," jelasnya.

Artikel Berkaitan: