De Gea ikrar setia bersama United

DE GEA
DE GEA
A
A
A

PENJAGA gol Manchester United, David de Gea belum terfikir untuk meninggalkan The Red Devils selepas 10 tahun bersama kelab itu.

Menurutnya, dia mahu terus beraksi bersama United dan percaya masih mempunyai keupayaan untuk menerajui gawang pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

"Saya sudah sangat lama di kelab dan sangat bangga mampu bermain untuk pasukan besar seperti United selama beberapa tahun.

"Tetapi, saya perlu berpijak kepada realiti dan percaya masih mempunyai kemampuan untuk bertahan di kelab ini. Saya rasa berada pada tahap terbaik dan sudah sedia membantu pasukan.

"Saya rasa musim ini akan menjadi musim yang paling penting buat pasukan untuk meraih kejuaraan," katanya.

De Gea direkrut oleh United dari Atletico Madrid pada musim panas 2011 dan telah membuat hampir 450 penampilan di semua kejohanan dan memenangi tujuh trofi antaranya satu EPL, Piala FA, Piala Liga, dan Liga Europa.

Dia juga menghabiskan sebahagian besar kariernya sebagai salah seorang pemain paling bernilai The Red Devils selain diangkat sebagai pemain terbaik pasukan itu pada muism 2013 sehingga musim 2017.

Namun, status de Gea sejak beberapa musim ini mulai goyah ekoran penampilan yang menurun dan tidak konsisten pada sebahagian musim 2020/2021.

Artikel Berkaitan:

Ia sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai masa depannya yang turut dibayangi cabaran seorang lagi penjaga gol United iaitu Dean Henderson.