Robertson terlepas aksi awal EPL

Andy Robertson. - Foto Reuters
Andy Robertson. - Foto Reuters
A
A
A

TONGGAK pertahanan kiri Liverpool, Andy Robertson akan terlepas aksi awal Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mengalami kecederaan buku lali.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, Robertson mengalami kecederaan setelah bertembung dengan pemain Athletic Club de Bilbao FC ketika mengharungi perlawanan persahabatan di Anfield baru-baru ini.

Bagaimanapun, Klopp berkata, kecederaan Robertson tidak begitu serius dan pemain pertahanan kelahiran Scotland itu dijangka menyertai semula The Reds dalam tempoh beberapa minggu.

“Pemeriksaan lanjut terhadap Robertson telah pun dibuat dan berdasarkan laporan, dia disahkan mengalami kecederaan ligamen pada buku lali akibat insiden pada aksi persahabatan itu.

“Berikutan kecederaan yang dialaminya, Robertson tidak dapat beraksi dalam beberapa aksi awal Liverpool kerana difahamkan, kecederaan itu mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.

“Setakat ini, saya tidak dapat memberikan jangkaan bilakah Robertson akan sembuh. Namun, saya jangkakan dalam beberapa minggu,” katanya.

Klopp berkata, dia akan menurunkan pemain pertahanan yang dibeli musim lalu, Konstantinos Tsimikas bagi mengisi kekosongan tempat Robertson.

“Kami masih ada beberapa pemain pertahanan yang boleh diturunkan bagi menggalas tugas yang ditinggalkan Robertson dalam beberapa perlawanan nanti.

Artikel Berkaitan:

“Saya sudah bersedia untuk menurunkan Tsimikas kerana saya yakin dia mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik,” ujarnya.